Ahli Silap Mata dan Burung
Seorang ahli silap mata mempersembahkan kebolehannya di sebuah mewah di lautan Caribbean. Penontonnya sentiasa berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulangi tipu helah yang sama.
Masalahnya, ada seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan mengetahui segala helah yang dilakukan oleh ahli silap mata itu. Suatu malam ketika ahli silap membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas.
"Lihat.., itu bukan topi yang sama!"
"Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja!"
"hey...semua daun terupnya, daun A!"
Si ahli silap mata sangat meluat tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung-apung di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak tua. Mereka saling berpandangan dengan penuh kebencian tetapi tidak mengucapkan satu patah perkataan pun. Hal ini berlangsung berhari-hari. Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri. Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata "Ok..saya menyerah! Di mana kamu sembunyikan kapalnya??"
salam
ReplyDelete