Wasiat Terakhir Suami
Hadi sedang nazak dan hampir meninggal dunia. Di sebelahnya Imah, isterinya yang sedang menemani Hadi. Lalu Hadi berkata, "Imah, sebelum aku mati, aku ingin berpesan padamu." Jawab isterinya, "Ya bang, cakaplah.."
Hadi berkata, "Aku mahu kau kahwin dengan Harun." Dengan terkejut isterinya berkata, "Ish abang ni...kan Harun tu musuh ketat abang selama ni. Kenapa rela menyerahkan saya kepadanya?"
Lalu Hadi menjawab, "Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu."