Admin Control Panel

New Post | Settings | Change Layout | Edit HTML | Sign Out

Kucing


Seekor kucing kepunyaan seorang pakar kaunselor menyusup masuk ke pasar menjual ikan dan mencuri seekor ikan tenggiri. Penjual ikan kemudian pergi ke pejabat pakar kaunselor tadi dan bertanya:

"Kalau seekor kucing yang dilepaskan dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, adakah saya berhak untuk menuntut ganti rugi daripada pemiliknya?"

"Tentu saja!" jawab pakar kaunselor.

Penjual ikan bersorak kegembiraan.

"Bagus, kalau begitu encik harus membayar saya RM10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedai saya pagi tadi."

Pakar kaunselor tanpa sepatah kata terus membayar RM10.00 kepada penjual ikan tersebut.
Keesokannya, ketika penjual ikan mengambil suratdari peti surat rumahnya, dia menemui sekeping surat daripada pakar kaunselor tersebut. Kandungan surat itu berbunyi:
"RM200.00 harus dibayar untuk perkhidmatan kaunseling."

Newer Post Older Post

Leave a Reply