Admin Control Panel

New Post | Settings | Change Layout | Edit HTML | Sign Out

Rumah


Rumah yg menjadi impian kita di dunia, paling besar mungkinlah sebesar Istana Raja Brunei yg mempunyai 2000 buah bilik. Di buat dari batu-bata dengan hiasan marmar dan beratap genting. Tetapi rumah di akhirat yg Allah sediakan untuk orang-orang yg bertaqwa ialah mahligai seluas langit dan bumi. Dibuat drpd emas, permata, dinding berkilau-kilauan dengan cahaya. Atapnya pula intan berlian yg tidak terkata indahnya dan nikmat berada di dalamnya.

Di dunia, sebuah bandar itu adalah kepunyaan bersama tetapi di akhirat, seorang sahaja yg memiliki berpuluh-puluh buah bandar.

Semua peralatan dalam rumah pula yg kita gila-gilakan di dunia ialah katil empuk, kerusi empuk, tv mewah, peti ais dua pintu, langsir mahal, karpet tebal, pinggan mangkuk moden dan bermacam-macam lagi.

Manakala di akhirat, rumah dilengkapi dengan katil, permata, hiasan sutera halus buatan akhirat, tilam gebu yg menenggelamkan badan dan lain-lainnya. Sungguh indah dan mempersonakan. Sembilan puluh sembilan kali lebih canggih dari buatan dunia yg mudah rosak itu. Peralatan mewah di akhirat tidak akan rosak dan musnah. Bahkan makin dipandang semakin cantik, semakin terasa nikmat. Sekali pandang lain cantiknya, dua kali pandang, lain pula cantiknya. Pandang kali ketiga, lain pula cantiknya. Demikianlah kalau 1001 kali pandang. Maka 1001 kalilah pula cantiknya. Tidak akan jemu bila menggunakannya dan juga tidak akan rosak untuk selama-lamanya. Sedangkan perhiasan dunia itu baru setahun sudah jemu, masuk dua tahun sudah mulai rosak.

Newer Post Older Post

Leave a Reply