Admin Control Panel

New Post | Settings | Change Layout | Edit HTML | Sign Out

Tidak Faham


Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Guru paling digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang. Kalau nak tahu, ikutilah pelajaran cikgu ni.

Pelajar: Selamat pagi cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi je? Petang dan malam awk x doakan saya selamat?!
Pelajar: Selamat pagi, petang, dan malam cikgu.
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang. Kata selamat sejahtera. Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ni meliputi semua masa dan keadaan.
Pelajar: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk. Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat lawan bagi perkataan itu, faham?
Pelajar: Faham cikgu!
Cikgu: Saya x mahu ade apa-apa gangguan.
Pelajar: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Pelajar: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Pelajar: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Pelajar: Dekat!
Cikgu: Bodoh!
Pelajar: Pandai!
Cikgu: Betul!
Pelajar: Salah!
Cikgu: Bukan!
Pelajar: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Pelajar: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar Ini!
Pelajar: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Pelajar: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Pelajar: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Pelajar: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Pelajar: Akar lama x tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Pelajar: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila ke?!
Pelajar: Kami siuman kot!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Pelajar: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! sudah!
Pelajar: Belum! belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?!
Pelajar: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh, melawan!
Pelajar: Oh, mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Pelajar: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Pelajar: Kekal kami!
Cikgu: O.K Pelajaran sudah habis!
Pelajar: K.O Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Pelajar: Belum, Pandai!
Cikgu: Semua bangun!
Pelajar: Saya duduk!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Pelajar: Cerdik kami itu!
Cikgu: Rosak!
Pelajar: Baik!
Cikgu: Kamu semua dijemur tengah hari ni!
Pelajar: Kami disorok tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil bukunya keluar...)

Sebentar kemudian, loceng pun berbunyi. Pelajar berasa lega kerana yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Bagaimanapun, mereka berasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi...

Newer Post Older Post

Leave a Reply