Admin Control Panel
New Post | Settings | Change Layout | Edit HTML | Sign OutManusia Yang Buta Pada Hari Qiamat
Friday, November 4, 2011 H1 • Mutiara 2 Tok Guru 0
Firman Allah yang bermaksud:
"Sesiapa yang berpaling dari peringatan yakni perintah-Ku dan hukum syariat-Ku maka baginya kehidupan yang pincang, di hari kiamat nanti ia akan dibangkit dalam keadaan buta, lalu ia berkata: "Wahai Tuhanku! mengapa engkau bangkitkan aku dalam keadaan buta sedangkan aku di dunia dahulu dapat melihat? lalu Allah berfirman, sesungguhnya telah datang kepadamu ayat-ayat-Ku, kamu telah melupakannya maka pada hari ini kamu dilupakan."
(Surah Toha:124-126)
Bersempena dengan ayat ini Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Adakah kamu mengetahui kehidupan yang pincang itu? Mereka menjawab: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Maka sabda Rasulullah S.A.W, "Kehidupan yang pincang itu maknanya orang kafir diseksa di dalam kuburnya."
Hadith ini merupakan penafsiran yang jelas oleh Rasulullah S.A.W walaupun ditujukan kepada orang-orang kafir tetapi menjadi amaran yang keras kepada orang-orang yang telah beriman, yang mengaku dan percaya kepada Allah S.W.T, percaya kepada Rasulullah S.A.W dan sabdanya serta kepada setiap orang yang percaya bahkan kepada seluruh manusia umunya.
Tidak ada alasan dan hajat bagi mereka untuk berpaling dari ayat-ayat Allah yang terkandung di dalamnya perintah-perintah dan hukum syariatNya kerana semua yang datang dari Allah itu adalah baik balaka dan semua memberi faedah dan manfaat kepada manusia, tidak ada satupun yang tidak memberi faedah atau memberi mudharat kepada manusia.
Betapa Allah Taala menjadikan mereka, mengurniakan rezeki, pakaian, makanan, tempat tinggal dan segala kemudahan kepada mereka. Dinyatakan batasan-batasan halal dan haram itu menjadi sempada yang menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat. Semua yang diharamkan Allah mesti mendatangkan mudharat dan semua yang diperintah oleh Allah memberi manfaat kerana Allah Maha Mengetahui, Maha Pemurah lagi Maha Adil.
Mengapa manusia yang telah percaya kepada Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W boleh berpaling dari perintah Allah S.W.T atau hukum syariatNya juga boleh berpaling dari amaran Rasulullah S.A.W?
Tidak patut orang yang beriman berpaling daripadanya bahkan wajib kepada orang-orang yang beriman itu menunaikan perintah Allah S.W.T, hukum syariatNya yang terkandung dalam kitab Allah S.W.T dan ajaran yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W maka bertambah lagi keyakinan kita apabila Allah S.W.T menunjukkan kepada kita kepincangan yang berlaku kepada orang-orang kafir di dunia ini.
Walaupun dalam kalangan mereka kaya raya, dalam kalangan mereka mempunyai rezeki bersifat sementara yang diberi oleh Allah secara limpah ruah yang digunakan untuk memenuhi hawa nafsu dan keinginan mereka. Semua yang dilihat nikmat itu, membawa malapetaka dan azab kepada diri mereka. Sedikit pun tidak menyenangkan mereka bahkan mereka sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah. Keluh kesah dalam menghadapi segala urusan dunia walaupun mereka diberi kemuliaan oleh Allah S.W.T walaupun mereka mempunyai kesempatan lebih banyak daripada orang-orang yang beriman, semua mereka berada dalam keadaan kepincangan.
Kita melihat keruntuhan yang berlaku di negara komunis, negara barat kapitalis dan negara-negara umat Islam yang menjadi pak turut kepada komunis dan kita melihat semuanya berada di dalam kepincangan kehidupan di dunia ini sebelum mereka berdepan dengan Allah S.W.T. Mengikut Islam riwayatnya tidak tamat. Ada lagi riwayatnya di dalam kubur (alam barzakh) dan sesatlah ia ketika dibangkitkan di padang mahsyar selepas itu pula ada lagi riwayatnya yang sama ada ke dalam syurga ataupun neraka. Allah S.W.T telah meriwayatkan perkara ini, riwayat yang sebenar di dalam Al-Quran. Janji yang mesti berlaku kepincangan di dunia dan di akhirat kepada orang-orang yang menyeleweng dari perintah Allah S.W.T dan hukum syariat Allah S.W.T.
Kepincangan yang akan diterima di dalam kubur iaitu azab seksa dan azab pada hari kiamat di padang mahsyar sebelum dimasukkan ke dalam neraka sudah dibangkitkan dalam keadaan buta, dalam keadaan meraba-raba dan dalam keadaan tidak dapat melihat kerana mereka tidak menggunakan mata yang Allah berikan di dunia ini untuk membaca ayat-ayat Allah yang ditulis di atas kertas-kertas yang putih dengan tulisan yang boleh dibaca oleh mereka dan mereka pula boleh mencari maknanya sama ada dengan belajar secara bertanya, secara mendengar atau sebagainya.
Sudah cukup bagi mereka untuk mengingati hukum hakam, hukum syariat, perintah dan suruhan serta larangan dari Allah S.W.T. Mengapa mereka berpaling? Maka layaklah mereka yang berpaling itu dihukum oleh Allah S.W.T. Marilah kita menghisap diri kita sebelum kita meninggalkan dunia ini. Marilah kita menghisab amalan kita, tingkah laku kita adakah tepat dengan syariat Alllah S.W.T ataupun menyeleweng daripadanya.
Nanti apabila mata kita dibutakan pada hari kiamat kita berada dalam penyesalan, penyesalan yang tidak berguna lagi, tidak memberi manfaat, tekanan yang akan menambahkan seksa bukannya dapat melepaskan diri daripada azab Allah S.W.T. Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Al-Quran menunjukkan ke jalan yang betul."
(Surah Al-Isra':9)
Sumber: Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Jom belajar mengaji!
Sunday, October 16, 2011 H1 ● Umum 0
Assalamu'alaikum kepada pembaca yg dikasihi semua..
Ramadhan terus berlalu..
Friday, August 19, 2011 H1 • Renungan bersama 0
tibalah masanya untuk kita berjuang habis-habisan untuk tidak mensia-siakan peluang di saat akhir ini..
mungkin ramai lagi di antara kita yang sudah melupakan ramadhan dalam diri mereka walaupun pada zahirnya mereka berpuasa..
Tapi, ingatlah! Sungguh janji Allah itu akan terlaksana..keampunan dan kebebasan dari api neraka untuk mereka yang benar2 mahu keredhaanNya..
Oleh itu, tak nakkah kita tergolong dalam golongan itu??
Hidupkan malam-malam kita dgn titisan air mata keinsafan..
Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
Moga2 sepanjang Ramadhan yang kita lalui ini sentiasa mendapat kerahmatan dari Allah..
![]() |
| hidupkan malam dengan berqiamullail |
Salam Ramadhan 1432H
Saturday, July 30, 2011 H1 • Renungan bersama 0
InsyaAllah, lusa bersamaan 1 ogos kita akan mula berpuasa..
Penghulu segala nabi adalah Muhammad s.a.w..
![]() |
| Ramadhan, madrasah tarbiyyah.. |
Mati
Wednesday, July 27, 2011 H1 • Renungan bersama 0
Ajal,
bila kau menjemput pun, tiada siapa yang tahu..
barangkali esok dan mungkin juga selepas ini..
Selalu kita dengar mengapa ajal ini dirahsiakan..kita juga tahu apa sebabnya.
Di sini saya mahu menekankan bahawa maut itu tidak mengenal usia..dan ianya akan datang tidak lambat sesaat dan tidak cepat sesaat..
Ada manusia yang hidup di dunia ini tidak sampai beberapa minit pun. Semuanya sudah tertulis dalam suratan takdir.
Kita, bila pula? masa kita akan sampai bila-bila masa, dalam apa jua keadaan sekalipun. Bahkan sedang tidur pun nyawa boleh dicabut. Binalah tembok setinggi bangunan yang kalis segala macam, bila dah sampai, tak kemana juga..
Ambillah pengajaran dari apa yang kita sedia maklum. Beribadahlah sepertimana kita akan berhadapan dengan maut pada esok hari..Nescaya ibadah kita pasti sentiasa akan berkualiti..
Teruslah menggapai redha Allah, sesungguhnya Allah mengetahui perihal setiap hambaNya..
Jangan sia-siakan peluang yang ada!
Sunday, July 24, 2011 H1 • Renungan bersama 2
Salam..
Lagi seminggu ramadhan akan menjelma..
Kerinduan kita pada Ramadhan hampir reda..Setahun hanya sekali kau ada.
Cukup rugi kalau kita tak manfaatkan peluang besar ini..Puasalah dgn bukan hanya sekadar di perut tapi seluruh anggota..Hidupkan malam dengan mendekatkan diri dengan Pencipta..Banyakkan membaca Al-Quran..Pulunlah segala ganjaran yang Allah hamparkan kepada hambaNya.. Ramadhan bulan kebebasan, bulan kerahmatan dan bulan keikhlasan..Peluang keemasan sudah ada di depan mata, takkan nak tunggu saja? Jom pulun..Pulun bukan di bulan Ramadhan sahaja, tetapi di sepanjang hidup kita!
Selamat menyambut Ramadhan Karim..
Semoga Allah menerima segala amalan dan sekali gus merahmati hidup kita di dunia ini..
Cinta teragung..
Tuesday, July 5, 2011 H1 • Renungan bersama 0
Tumbuh pohon indah berseri
Dahannya teguh berdaun hijau
Akar kukuh di tanah subur
Tersusun rapi tiada bertingkah
Rumpun alam seiring bersama
Itu petandan ada pencipta
Singkap tauhid pada manusia
Belayar bahtera di lautan luas
Seorang nakhoda perintah dijulang
Dua nakhoda pasti
jadi pertelingkahan
Petanda tiada dua pemerintah
Tiada dua Tuhan disembah
La ilaha illa Allah
Ya Allah
Kau yang berhak disembah
Pemerintah alam
Tempat mengadu segalanya
Tidak dilahir tidak melahirkan
Tiada setara kuasa denganMu
Ya'Azim
Padamu insan menyerah
Mohon rahmat kasihMu
Ya Rahman
Kaulah yang Maha Kuasa
Pencipta dunia yang tesergam indah
Bukti adaMu wujudlah semesta
Geraknya tersusun tiada tercela
PadaMu cinta teragung
Kaulah zat yang Esa
Tiada seperti makhluk ciptaan
Pada gambaran pasti bukan Dia
Kenapa mesti aku?
Monday, June 13, 2011 H1 • Renungan bersama 0
Artis oh artis..
Sunday, June 12, 2011 H1 • Renungan bersama 0
Betul la orang cakap yang sekarang ni dunia memang tak ada sempadan. Sebabnya kalau nak tengok aurat orang memang cukup mudah, hanya tekan butang on pada remote control anda dan menghalakannya ke tv, muncullah manusia-manusia yang menyanyi, menari tanpa memikirkan pakaian jenis apakah yang sedang mereka pakai..adakah mengikut syariat ataupun tidak?..secara tak langsung benda seperti ini memang memberi kesan kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak yang masih sedang terokai dunia dan kepada kami kaum adam ini.![]() |
| tutuplah aurat dengan sempurna.. |
Sokong saya! :)
Pesanan
Dari Ibn Umar r.a., katanya : "Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : 'Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. 'Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati."
Chat
Categories
- • Bandingan Nikmat Dunia dan Akhirat (5)
- • Hadith 40 - Imam Nawawi (42)
- • Mutiara 2 Tok Guru (4)
- • Renungan bersama (21)
- • Slot Ceria (10)
- ● Umum (1)
Alternatif
Senarai blog
-
-
Tazkirah di Facebook2 months ago
-
Catatan Dhuha april 20197 years ago
-
-
ke mana hilang ?11 years ago
-
Sambutan Ramadhan ARC Selangor13 years ago
-
bersama orang kuat suriafm13 years ago
Pelawat
Popular Posts
-
بسم الله الرحمن الرحيم Pabila lahirnya seorang manusia, secara automatik dia akan menjadi seorang khalifah di muka bumi ini. Khalifah ya...
-
Assalamualaikum, Maaf off-topic sikit :) Hari ni saya nak berceloteh sikit mengenai T-shirt murah online ni. Memandangkan saya memang j...
-
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : " Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW : ...
-
Firman Allah yang bermaksud: "Sesiapa yang berpaling dari peringatan yakni perintah-Ku dan hukum syariat-Ku maka baginya kehidupan ya...








