Artis oh artis..
Salam..

Mengikut tajuk di atas, seperti mana yang kita tahu, memang majoriti artis-artis melayu yang Islam bukannya tak tahu, tapi saja buat-buat tak tahu yang aurat ni memang wajib dijaga. Tanpa segan silu mereka mencemarkan maruah mereka sendiri di kaca tv..memang tidak dinafikan bahawa ramai lagi di luar sana yang bukan artis pun seperti ini dan ramai juga yang mungkin masih tak faham konsep sebenar menutup aurat itu seperti yang bertudung tetapi memakai seluar atau baju ketat atau berlengan pendek dan macam-macam jenis lagi, inilah apa yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini..Namun, artis ke tidak, mereka tetap manusia yang dicipta Allah..bila ditegur, cuma apa yang mereka kata, antaranya, "saya masih belum bersedia untuk berpakaian seperti itu" atau "belum sampai masanya lagi" dan sebagainya..Nauzubillah, ringannya mereka pandang pasal Islam..Sesungguhnya Allah Maha Penyanyang, cuba kalau Allah memberhentikan bekalan oksigen di bumi ni hanya 5 minit, apa yang terjadi, mati lemaslah manusia jawabnya..
Kesimpulannya, dalam bersyariat tidak ada tangguh-tangguh..Apa yang Allah suruh kita wajib buat, bukan sahaja artis tetapi seluruh manusia..setiap kebaikan dan kejahatan pasti ada balasannya..di dunia ini tempat kita tanam padi. masa tuainya adalah di akhirat nanti..tidak ada teguran jika tiada kejahatan dan tidak ada kebaikan jika tiada teguran dan suruhan..
![]() |
tutuplah aurat dengan sempurna.. |
Takutlah kepada Allah, sesungguhnya kepadaNya jualah kita akan dikembalikan...Waallahua'lam..