Admin Control Panel

New Post | Settings | Change Layout | Edit HTML | Sign Out

Salam takziah

Salam Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan runtuhan tanah yang berlaku di rumah anak-anak yatim at-taqwa Hulu Langat pada 21 Mei 2011..
Ini adalah satu ujian Allah kpd hambaNya.. Sesungguhnya Allah menyayangi hamba yang diuji itu..

Pengajaran & peringatan buat kita yang masih hidup ini.. tak kira dimana jua kita berada, kalau ajal dah tiba, pasti akan berlaku tidak kurang dan lebih sesaat. sentiasalah bersedia...

Semoga Allah merahmati roh mereka yang Rasul sayangi ini...

Al Fatihah...







gambar yang diambil dari seorang sahabat kita sebelum kejadian..

Segalanya MilikMu

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan


*Munsyeed: Mestica

WASIAT Rasulullah s.a.w kepada Sayyidina Ali R.A



Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..


Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahasiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


>Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


>Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Panduan dalam kehidupan...jadikanlah sebagai amalan..

Salam Maulidurrasul 1432H..

Salam Maulidur Rasul 1432H saya ucapkan kpd semua pembaca yg bakal myambut maulud nabi pd 12 rabiulawal (hari selasa ni)...


Salaam Maulidurrasul 1432H
Pejam celik pejam celik, dah lama jgk Rasulullah meninggalkan kita..Ya Allah, sungguh aku rindu baginda. bersyukurlah kita sbb dikurniakan pemimpin & nabi kekasih Allah. Kita sbg umatnya kenalah hargai apa yg diperjuangkan baginda. Baginda bersusah payah, bergadai nyawa, harta, tenaga demi menegakkan Islam yg tercinta. Kalaulah kita sia-siakan begitu saja dan pandang Islam sbg benda yg remeh, mmg hati kita ni cukup keras la..sifat cinta rasulullah itu dah tak ada dlm jiwa.
Begitulah yg terjadi dlm masyarakat sekeliling kita skrg ni..sng2 je Islam mereka ltk ke tepi..ikut nafsu & hidup dlm kegelapan. Kalaulah saidina Umar hdup di zaman ini pasti dibasuh mereka2 itu..
Kita sbg khalifah & yg prihatin tntg Islam dlm masyarakat ni seharusnya mengambil lgkah utk mencegah benda2 seperti ini berlaku..kalau bukan kita siapa lagi yg mahu peduli??


Ya Allah, tempatkanlah aku dlm golongan para anbiya', sahabat2 di syurga nanti..Ampunilah segala dosa2ku..sesungguhnya aku amat merindui Rasulullah.. اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد

Majulah Islam

Assalamu'alaikum..
Kini kita digemparkan dengan masalah pergolakan antara rakyat dan pemimpin di negara di timur tengah...cukup membimbangkan lagi apabila ramai penuntut-penuntut Malaysia di sana terkena tempias akan masalah ini. Tambah lagi abang saya sendiri turut menuntut di sana. Seriaulah ibu bapaku sehari-hari memikirkan nasib anak mereka di sana. Tapi katanya baik-baik saja, alhamdulillah..
Walaubagaimanapun, saya menyokong tindakan rakyat di sana kerana berani menyuarakan kebenaran dan menjatuhkan kerajaan zalim. Bagaimanapun, kebongkakan Hosni, pemimpin Mesir itu yang tidak mahu meletakkan jawatan tidak akan bertahan lama. Islam akan tetap bangkit. Hancurlah kerajaan yang zalim! Allahuakbar!

Dunia yang Kita Puja



Salam...


Suatu kisah...(jadikanlah ia sbg tauladan)

Suatu hari aku berjalan melalui pasar pada suatu petang bila, sebaik saja muazzin melaungkan azan, pandanganku jatuh pada belakang seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya, walaupun berbaju abaya penuh hitam, purdah merentang kepala dan wajahnya, wanita itu berpaling kepadak u seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya, dan wanita itu memberikanku anggukan kecil tapi bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.Ba gaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan pandangan wanita itu.

Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu alasan demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid -bukan kah masanya telah tiba untuk solat?- tapi perdebatan itu telah tamat: tiada apa yang boleh dilakukan tapi mengikut wanita tersebut.

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas mengah, wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya, dan sekarang pun telah
berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitam rayonnya, sambil wanita itu -adakah ini khayalanku saja?- melambaiku lagi.

Kasihan aku pada diriku ketika itu. Akalku seolah hilang. Siapakah wanita itu? Anak perempuan satu keluarga kaya? Apa dimahunya? Aku memantaskan
langk ahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak
dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak. Adakah wanita itu orang gila? Semakin panjang
wanita itu berjalan, ke penghujung sempadan bandar itu benar-benar.

Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah
perkuburan lama. Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku kan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa
dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah,
kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.

Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah,
aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu.

Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas  ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada
bantal yang diletak pada dinding, diterang i cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi.

"Kunc ikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur. "Buangkan kunci
itu ke dalam perigi itu," kata wanita itu Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Pergilah
buangka n," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak
wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku
memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku itu terasa bersimpul bila kunci itu tiada berbunyi jatuhnya ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut, kemudian memahami nya. "Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi  kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya.

"Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi. "Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah
mendapatiku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi
satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.




~Moral~


-Ingat! dunia ini penuh dengan tipu daya.
-Jangan mudah terpedaya dengannya.
-Utamakan Allah dalam apa jua perkara. Nescaya cintaNya akan kamu miliki.


*dipetik dari halaqah.net 

Taubatlah dengan sebenar-benarnya..


بسم الله الرحمن الرحيم

Perkataan taubat seringkali digunakan bagi mereka yang sudah menginsafi diri, atau berhenti dari melakukan perkara yang buruk. Di sini penulis ingin memberi sedikit peringatan buat kita bersama iaitu bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat. Janganlah sampai kita dilabel "insaf sesaat". Hari ini taubat, esok ulang lagi. Sudah menjadi 'trend' masa kini terutama di negara kita sendiri yang suka merendah-rendahkan mereka yang hendak menginsafi diri mahupun yang sudah bertaubat. Adakah kita risaukan direndahi oleh mereka atau dihina oleh Allah? oleh yang demikian, hiraukan kata-kata mereka itu. Teruskan niat murni dan jalani kehidupan seharian dengan sempurna sebagai hambaNya. 


gambar hiasan

Berdoalah supaya segala dosa-dosa yang lalu diampunkan oleh Allah. Yakinlah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Pemurah. Syurga menanti untuk mereka yang bertaqwa...Amiiin Ya Rabb Al-'Alamiin.....

Cabaran pabila berdakwah..



بسم الله الرحمن الرحيم


Pabila lahirnya seorang manusia, secara automatik dia akan menjadi seorang khalifah di muka bumi ini. Khalifah yang bererti pemimpin kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling supaya sentiasa dekat dengan Allah.


Sebagai seorang Mukmin, wajiblah bagi kita untuk mentarbiyah masyarakat menjauhi kemungkaran yang kian meruncing kini.
Sebagai seorang da'i, pelbagai rintangan dan cabaran yang perlu dihadapi ketika menjalankan kerja2 Islam ini. Selalunya kerja2 dakwah sebegini sering diketawakan dalam masyarakat. Ayat2 yang sering keluar dari mulut mereka yang 'jauh' ini seperti, "jangan nak tunjuk alim lah", "belum sampai seru lagi", "malam masih muda", "sekarang zaman moden......." dan sebagainya. Bila difikirkan semula memang sakit sungguh hati dan hilang dah sabar. 
Ingat, Allah cuma mahu menguji sejauh mana keimanan tentera-tenteraNya serta keikhlasan dalam memperjuangkan risalah Rasulullah.




Perjuangan juga memerlukan pengorbanan tenaga, harta, masa, jiwa dan raga. Biasalah kalau tidak dilayan ketika memberi nasihat, risalah2 yang diedarkan ditemui dalam tong sampah dan sebagainya..sebagai pewaris perjuangan Rasulullah kita perlu bersabar dari segenap sudut dan kenanglah sentiasa perjuangan Rasulullah yang cukup hebat dugaannya yang tidak termampu untuk kita tanggung, kalau tak memahami erti perjuangan sebenar mungkin dah lama kita berputus asa.
Ingat, Allah itu Maha Adil, ganjaran lumayan akan diberikan kepada mereka2 yang berusaha untuk menegakkan agamaNya.




Janganlah berputus asa wahai ansarullah sekalian! Jangan gentar akan musuhNya! Ingat, perjuangan belum selesai! selagi nyawa dikandung badan, teruskanlah perjuanganmu sehingga menemui syahid Allah yang menjadi idaman para pejuang. Allahuakbar!



Ayuh semarakkan perjuangan!




 
Ayuh tenangkan minda dengan menyemarakkan lagi perjuangan.

 
Marilah beramal
Beramal kerana Allah
Beramal kerana.. Allahu Akbar

Beramal kerana Allah

Pemuda melangkah gagah
Menjana kuasa rakyat
Bersiap menghadapi cabaran

Semarakkan semangat perjuangan

Usahlah kita terus terleka
Menegak kema'rufan menentang kemungkaran
Allah pasti bersama

Bentukkan ukhuwah hidupkan jamaah

Susunlah barisan usahlah terleka
Bersatu teguh mara bersama
Moga Islamkan subur

Kerahkan tenaga jua fikiranmu

Korbankan harta sekalipun jiwamu
Menentang musuh Allah laungkan takbir
Allahu Akbar ..

Bersatulah kita bergerak melangkah

Tegakkan Islam agama yang tercinta
Ayuh kita julang kembali
Islam pasti gemilang

Pesanan kepada saudara/i se-Islam.


 بسم الله الرحمن الرحيم

Wahai kalian,
Jagalah imanmu, jagalah maruahmu, maruah agamamu, maruahmu sebagai hamba Allah dan umat Rasulullah.
Peliharalah auratmu! Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan untuk keselamatan di dunia dan di akhirat. Ingat, barangsiapa mengingkarinya akan dibalas dengan seksa yang amat pedih di akhirat yang abadi.

Tutuplah mengikut syari'at bukan dengan syarat semata-mata.
  • Labuhkan tudungmu sehingga ke bawah dada.
  • Pakailah pakaian yang tebal (tidak jarang)  sehingga tidak menampakkan warna kulit.
  • Pakailah pakaian yang longgar sehingga tidak menampakkan bentuk tubuh.
Klik gambar untuk besar.
Ingatlah! Barangsiapa yang memakai pakaian untuk kemegahan di dunia ini, maka Allah akan memakaikan mereka dengan pakaian kehinaan di akhirat kelak iaitu pakaian daripada bara api.

Laksanakan apa yang diperintah oleh Allah dan jauhi laranganNya. Kita hidup hanya sebagai hamba di dunia ini wajib patuh akan suruhanNya. Tidak ada rugi sedikitpun jika kita patuhi perintahNya. Ingatlah janji Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman, mereka akan diraikan di syurga nanti dan kekal di dalamnya selama-lamanya, dikurniakan nikmat yang tidak pernah terlintas di fikiran manusia. Ingat, Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janjiNya.
Dunia ini hanya sementara dan sebagai tempat mengumpul bekalan untuk dibawa di akhirat. Burulah redha Allah selagi nyawa terlekat di rongga.
Berdoalah supaya tidak digolongkan dalam golongan orang-orang yang rugi.

Ya Allah Rabbu 'Alamiin.. peliharalah kami, peliharalah kami dari perkara-perkara maksiat. Jauhilah kami dari azab seksaMu yang sangat pedih. Tuntunlah kami ke jalan redhaMu itu. Amiin Ya Rabb Al-'Alamiin..

Newer Posts Older Posts