Admin Control Panel

New Post | Settings | Change Layout | Edit HTML | Sign Out

June 2011

Kenapa mesti aku?

Kenapa mesti aku? Apa salah aku?
Ini adalah antara ungkapan yang terkeluar dari mulut sesetengah manusia apabila ditimpa musibah..
adakah kita tidak tahu bahawa setiap ujian itu datang daripada Allah? Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu..ada salah atau tidak kita patut fikir sendiri..sentiasalah muhasabah diri..Allah Maha Mengetahui segala hikmah yang tersirat di sebalik yang berlaku..kenapa perlu persoal? Mohonlah dan mengadulah kepada Allah, Allah lah yang menciptakan kegembiraan dan kesedihan..
Kita pun tahu bahawa tak semua orang Allah pilih untuk diuji..kita pun tahu bahawa mereka yang terpilih itu adalah mereka yang Allah sayang..sama ada Allah mahu mengampunkan dosa orang itu atau memberi perkara yang lebih baik pada masa akan datang..pada Allah jualah kita memohon pertolongan..
Dalam hadith qudsi Allah berfirman, “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” 
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Artis oh artis..

Salam..
Betul la orang cakap yang sekarang ni dunia memang tak ada sempadan. Sebabnya kalau nak tengok aurat orang memang cukup mudah, hanya tekan butang on pada remote control anda dan menghalakannya ke tv, muncullah manusia-manusia yang menyanyi, menari tanpa memikirkan pakaian jenis apakah yang sedang mereka pakai..adakah mengikut syariat ataupun tidak?..secara tak langsung benda seperti ini memang memberi kesan kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak yang masih sedang terokai dunia dan kepada kami kaum adam ini.
Mengikut tajuk di atas, seperti mana yang kita tahu, memang majoriti artis-artis melayu yang Islam bukannya tak tahu, tapi saja buat-buat tak tahu yang aurat ni memang wajib dijaga. Tanpa segan silu mereka mencemarkan maruah mereka sendiri di kaca tv..memang tidak dinafikan bahawa ramai lagi di luar sana yang bukan artis pun seperti ini dan ramai juga yang mungkin masih tak faham konsep sebenar menutup aurat itu seperti yang bertudung tetapi memakai seluar atau baju ketat atau berlengan pendek dan macam-macam jenis lagi, inilah apa yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini..Namun, artis ke tidak, mereka tetap manusia yang dicipta Allah..bila ditegur, cuma apa yang mereka kata, antaranya, "saya masih belum bersedia untuk berpakaian seperti itu" atau "belum sampai masanya lagi" dan sebagainya..Nauzubillah, ringannya mereka pandang pasal Islam..Sesungguhnya Allah Maha Penyanyang, cuba kalau Allah memberhentikan bekalan oksigen di bumi ni hanya 5 minit, apa yang terjadi, mati lemaslah manusia jawabnya..
Kesimpulannya, dalam bersyariat tidak ada tangguh-tangguh..Apa yang Allah suruh kita wajib buat, bukan sahaja artis tetapi seluruh manusia..setiap kebaikan dan kejahatan pasti ada balasannya..di dunia ini tempat kita tanam padi. masa tuainya adalah di akhirat nanti..tidak ada teguran jika tiada  kejahatan dan tidak ada kebaikan jika tiada teguran dan suruhan..
tutuplah aurat dengan sempurna..

Takutlah kepada Allah, sesungguhnya kepadaNya jualah kita akan dikembalikan...Waallahua'lam..

Newer Posts Older Posts