Admin Control Panel

New Post | Settings | Change Layout | Edit HTML | Sign Out

November 2010

Cabaran pabila berdakwah..



بسم الله الرحمن الرحيم


Pabila lahirnya seorang manusia, secara automatik dia akan menjadi seorang khalifah di muka bumi ini. Khalifah yang bererti pemimpin kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling supaya sentiasa dekat dengan Allah.


Sebagai seorang Mukmin, wajiblah bagi kita untuk mentarbiyah masyarakat menjauhi kemungkaran yang kian meruncing kini.
Sebagai seorang da'i, pelbagai rintangan dan cabaran yang perlu dihadapi ketika menjalankan kerja2 Islam ini. Selalunya kerja2 dakwah sebegini sering diketawakan dalam masyarakat. Ayat2 yang sering keluar dari mulut mereka yang 'jauh' ini seperti, "jangan nak tunjuk alim lah", "belum sampai seru lagi", "malam masih muda", "sekarang zaman moden......." dan sebagainya. Bila difikirkan semula memang sakit sungguh hati dan hilang dah sabar. 
Ingat, Allah cuma mahu menguji sejauh mana keimanan tentera-tenteraNya serta keikhlasan dalam memperjuangkan risalah Rasulullah.




Perjuangan juga memerlukan pengorbanan tenaga, harta, masa, jiwa dan raga. Biasalah kalau tidak dilayan ketika memberi nasihat, risalah2 yang diedarkan ditemui dalam tong sampah dan sebagainya..sebagai pewaris perjuangan Rasulullah kita perlu bersabar dari segenap sudut dan kenanglah sentiasa perjuangan Rasulullah yang cukup hebat dugaannya yang tidak termampu untuk kita tanggung, kalau tak memahami erti perjuangan sebenar mungkin dah lama kita berputus asa.
Ingat, Allah itu Maha Adil, ganjaran lumayan akan diberikan kepada mereka2 yang berusaha untuk menegakkan agamaNya.




Janganlah berputus asa wahai ansarullah sekalian! Jangan gentar akan musuhNya! Ingat, perjuangan belum selesai! selagi nyawa dikandung badan, teruskanlah perjuanganmu sehingga menemui syahid Allah yang menjadi idaman para pejuang. Allahuakbar!



Ayuh semarakkan perjuangan!




 
Ayuh tenangkan minda dengan menyemarakkan lagi perjuangan.

 
Marilah beramal
Beramal kerana Allah
Beramal kerana.. Allahu Akbar

Beramal kerana Allah

Pemuda melangkah gagah
Menjana kuasa rakyat
Bersiap menghadapi cabaran

Semarakkan semangat perjuangan

Usahlah kita terus terleka
Menegak kema'rufan menentang kemungkaran
Allah pasti bersama

Bentukkan ukhuwah hidupkan jamaah

Susunlah barisan usahlah terleka
Bersatu teguh mara bersama
Moga Islamkan subur

Kerahkan tenaga jua fikiranmu

Korbankan harta sekalipun jiwamu
Menentang musuh Allah laungkan takbir
Allahu Akbar ..

Bersatulah kita bergerak melangkah

Tegakkan Islam agama yang tercinta
Ayuh kita julang kembali
Islam pasti gemilang

Pesanan kepada saudara/i se-Islam.


 بسم الله الرحمن الرحيم

Wahai kalian,
Jagalah imanmu, jagalah maruahmu, maruah agamamu, maruahmu sebagai hamba Allah dan umat Rasulullah.
Peliharalah auratmu! Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan untuk keselamatan di dunia dan di akhirat. Ingat, barangsiapa mengingkarinya akan dibalas dengan seksa yang amat pedih di akhirat yang abadi.

Tutuplah mengikut syari'at bukan dengan syarat semata-mata.
  • Labuhkan tudungmu sehingga ke bawah dada.
  • Pakailah pakaian yang tebal (tidak jarang)  sehingga tidak menampakkan warna kulit.
  • Pakailah pakaian yang longgar sehingga tidak menampakkan bentuk tubuh.
Klik gambar untuk besar.
Ingatlah! Barangsiapa yang memakai pakaian untuk kemegahan di dunia ini, maka Allah akan memakaikan mereka dengan pakaian kehinaan di akhirat kelak iaitu pakaian daripada bara api.

Laksanakan apa yang diperintah oleh Allah dan jauhi laranganNya. Kita hidup hanya sebagai hamba di dunia ini wajib patuh akan suruhanNya. Tidak ada rugi sedikitpun jika kita patuhi perintahNya. Ingatlah janji Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman, mereka akan diraikan di syurga nanti dan kekal di dalamnya selama-lamanya, dikurniakan nikmat yang tidak pernah terlintas di fikiran manusia. Ingat, Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janjiNya.
Dunia ini hanya sementara dan sebagai tempat mengumpul bekalan untuk dibawa di akhirat. Burulah redha Allah selagi nyawa terlekat di rongga.
Berdoalah supaya tidak digolongkan dalam golongan orang-orang yang rugi.

Ya Allah Rabbu 'Alamiin.. peliharalah kami, peliharalah kami dari perkara-perkara maksiat. Jauhilah kami dari azab seksaMu yang sangat pedih. Tuntunlah kami ke jalan redhaMu itu. Amiin Ya Rabb Al-'Alamiin..

Salam AidilAdha..

Assalamu'alaikum kepada semua pembaca..

Pada 17 November 2010 (Rabu) bersamaan 9 Zulhijjah 1431 hijriah, umat Islam akan bersama-sama menyambut hari raya kita yang ke-2 iaitu hari raya Aidiladha. Marilah kita sama - sama memperingati pengorbanan nabi Allah Ismail bersama ayahandanya nabi Ibrahim yang sanggup melaksanakan perintah Allah walaupun ianya cukup berat bagi naluri seorang bapa apabila terpaksa mengorbankan anaknya sendiri. Namun, Allah maha berkuasa telah menggantikan anaknya nabi Ismail dengan seekor kibash..

Di sini boleh disimpulkan bahawa kita haruslah berkorban apa sahaja jiwa mahupun harta demi menegakkan syiar Islam serta menjalani perintah Allah. Ingatlah, Allah mempunyai hakNya..laksanakanlah hakNya dengan sebaiknya.. 

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar...

Newer Posts Older Posts