Admin Control Panel

New Post | Settings | Change Layout | Edit HTML | Sign Out

March 2009

Kenderaan


Kenderaan dunia yg paling hebat ialah Mercedes, Pajero, BMW dan kapal terbang dan kereta-kereta mewah yg lainnya. Itupun kalau accident akan mengakibatkan rosak atau punah ranah.

Kenderaan akhirat ialah apa sahaja yg kita ingini. Katakanlah kita teringin naik kapal terbang, maka datanglah ia dengan sekelip mata sahaja. Bahkan apabila kita berniat sahaja, kita akan terus berada dalam kapal terbang itu. Di mana keadaannya sebesar dan secantik mana yg kita mahu.

Terbanglah ia selaju mana, mengikut kemahuan kita dan ke mana sahaja yg kita ingin tujui. Ia bergerak sendiri atau berhenti sendiri menurut kemahuan kita. Tidak ada bahaya yg perlu dibimbangkan . Semuanya indah dan lazat. Ia pula tidak akan rosak-rosak seperti mana yg kita alami di dunia ini.

Rumah


Rumah yg menjadi impian kita di dunia, paling besar mungkinlah sebesar Istana Raja Brunei yg mempunyai 2000 buah bilik. Di buat dari batu-bata dengan hiasan marmar dan beratap genting. Tetapi rumah di akhirat yg Allah sediakan untuk orang-orang yg bertaqwa ialah mahligai seluas langit dan bumi. Dibuat drpd emas, permata, dinding berkilau-kilauan dengan cahaya. Atapnya pula intan berlian yg tidak terkata indahnya dan nikmat berada di dalamnya.

Di dunia, sebuah bandar itu adalah kepunyaan bersama tetapi di akhirat, seorang sahaja yg memiliki berpuluh-puluh buah bandar.

Semua peralatan dalam rumah pula yg kita gila-gilakan di dunia ialah katil empuk, kerusi empuk, tv mewah, peti ais dua pintu, langsir mahal, karpet tebal, pinggan mangkuk moden dan bermacam-macam lagi.

Manakala di akhirat, rumah dilengkapi dengan katil, permata, hiasan sutera halus buatan akhirat, tilam gebu yg menenggelamkan badan dan lain-lainnya. Sungguh indah dan mempersonakan. Sembilan puluh sembilan kali lebih canggih dari buatan dunia yg mudah rosak itu. Peralatan mewah di akhirat tidak akan rosak dan musnah. Bahkan makin dipandang semakin cantik, semakin terasa nikmat. Sekali pandang lain cantiknya, dua kali pandang, lain pula cantiknya. Pandang kali ketiga, lain pula cantiknya. Demikianlah kalau 1001 kali pandang. Maka 1001 kalilah pula cantiknya. Tidak akan jemu bila menggunakannya dan juga tidak akan rosak untuk selama-lamanya. Sedangkan perhiasan dunia itu baru setahun sudah jemu, masuk dua tahun sudah mulai rosak.

Newer Posts Older Posts