Admin Control Panel

New Post | Settings | Change Layout | Edit HTML | Sign Out

2009

Majlis Makan Malam Untaian Mesra


Alhamdulillah,tanggal 2hb Ogos 2009,tepat jam 12.45 a.m,kami sekeluarga slmt sampai di rumah..
sy bgitu gmbira skali kerana dpt hadir dlm Majlis Makan Malam Untaian Mesra..
Majlis ini dianjurkan oleh Lajnah Penerangan DPP Negeri Selangor dgn kerjasama Zuhal Management Services.Bertempat di Dewan Cattleya,Wisma PKPS,Shah Alam..
Majlis ini dihadiri oleh tetamu jemputan istimewa iaitu Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Suhaimi Abdul Rahman (Amy Search)..
sempat juga sy bersalaman dgn mrk..
sukar utk mggambarkan istimewanya majlis ini.Bagaimanapun kami telah mndpt lynan mesra oleh pelayan2 di majlis ini dan kami juga mndpt ilmu2 baru yg diucapkan oleh mrk2 yg brpengetahuan..Di samping itu,trdpt juga hiburan brunsur syarak yg telah dipersembahkan oleh kumpulan Nusantara dan Muadz.Selain itu,persembahan multimedia yang dicorakkan oleh DPP Pandan turut menceriakan lg majlis ini.Kami cukup terhibur.
Semoga majlis ini dirahmati dan diberkati Allah.Insyaallah.

Makanan


Di dunia ini makanan yg pling lzt, pling mhl skalipun, klau dimkn, akhirnya akan jemu juga. Rasanya juga x sedap lg. Sebab rasa lazatnya itu sama shj antr suap yg prtama dgn suap yg terakhir.

Kemudian, lg byk mkn, lg cptlah prgi ke tnds. Kalau bleh, tntu kita x ingin ke tnds. Tetapi hasil akhir dr mkn mknn di dunia ini kita msti akn ke tnds. Itulah hasil yg mula2 kita masukkan ke mulut kita. Bila lapar shj, kita mkn lg. Itulah dia nikmat dunia yg kita rindu-rindukan itu. Yang lahir dr situ jugalah pnykit yg brbagai2. Antaranya ialah kncing mnis, brh, drh tinggi, skit jntung & brbagai lg.

Tetapi di akhirat, kita x akn merasa lpr. Sntiasa brd dlm keadaan kenyang. Mknn yg kita makan x prnh mnjemukan. Sebab rasanya berlainan. Suap mula2, sedapnya lain. Suap lg, lain pula sedapnya. Demikian seterusnya. Maknanya sebiji buah di akhirat mmpunyai spuluh jenis rse atau lbih dr itu. Jadi mne bleh timbul rsa jemu.

Begitu juga dgn jenis2 mknn yg lain. Makannlah sbnyak manapun tidak akn memudaratkan. Tidak prlu brsush pyh utk ke tnds. Tidk ada najis yg baunya bsuk. Semuanya sdp, baik, lzt dn indah blaka.

Justeru, klau mngapa kita x ingin nikmat akhirat yg 99 kali lbih hebat dr nikmat dunia. Sdgkan nikmat dunia yg x ade hrga itupun kita ingin rebutkan, kita buru dn gilakan. Hingga kita sggup brkorban brhabis-habisan utk memiliki dunia yg mnipu itu. Mustahil kita x rindukan syurga itu klau kita bnr2 meyakininya.

Kecantikan


Wajah yg cntik sgt diingini oleh smua manusia. Berbagai usaha dilakukan oleh mereka utk mndptkan wajah yg cntik. Sebab itu di dunia sengaja Allah tidak ramaikan org2 yg brwajah cntik. Hanya ada satu dua org sje yg bnr2 cntik, hinggakan terpesona org mlihatnya.

Di akhirat, setiap org brtaqwa dipercantikkan oleh Allah, 99 kali lebih cntik dr waktu hidup di dunia ini. Mereka juga dipermudahkan hingga sentiasa muda dan sentiasa gadis. Tidak akan tua2 utk selama-lamanya.

Pakaian & Perhiasan


Pakaian dan perhiasan dunia yg kita impikan cumalah kain biasa yg murah, bila dipakai trasa rims dan pns. Lama-lama jemu. Makin lama semakin lusuh dn reput dan akhirnya jd brg trbuang. Tetapi pakaian dn perhiasan yg Allah sediakan utk org2 brtaqwa di akhirat cukup indah, selesa digunakan, byk, tdk mnjemukan & x akn rosak.

Gelang, subang, rantai, anting2 dan cincin yg brgemerlapan mghiasi sluruh tubuh. Bukan hanya satu dua shj ttpi sebyk mne yg kita mahu akn diperolehi. Bila2 msa shj bleh d'tukar gnti dn x pula mnjemukan. Tidak dicari2, niat shj sudah mnjelma d'dpn mata.

Kenderaan


Kenderaan dunia yg paling hebat ialah Mercedes, Pajero, BMW dan kapal terbang dan kereta-kereta mewah yg lainnya. Itupun kalau accident akan mengakibatkan rosak atau punah ranah.

Kenderaan akhirat ialah apa sahaja yg kita ingini. Katakanlah kita teringin naik kapal terbang, maka datanglah ia dengan sekelip mata sahaja. Bahkan apabila kita berniat sahaja, kita akan terus berada dalam kapal terbang itu. Di mana keadaannya sebesar dan secantik mana yg kita mahu.

Terbanglah ia selaju mana, mengikut kemahuan kita dan ke mana sahaja yg kita ingin tujui. Ia bergerak sendiri atau berhenti sendiri menurut kemahuan kita. Tidak ada bahaya yg perlu dibimbangkan . Semuanya indah dan lazat. Ia pula tidak akan rosak-rosak seperti mana yg kita alami di dunia ini.

Rumah


Rumah yg menjadi impian kita di dunia, paling besar mungkinlah sebesar Istana Raja Brunei yg mempunyai 2000 buah bilik. Di buat dari batu-bata dengan hiasan marmar dan beratap genting. Tetapi rumah di akhirat yg Allah sediakan untuk orang-orang yg bertaqwa ialah mahligai seluas langit dan bumi. Dibuat drpd emas, permata, dinding berkilau-kilauan dengan cahaya. Atapnya pula intan berlian yg tidak terkata indahnya dan nikmat berada di dalamnya.

Di dunia, sebuah bandar itu adalah kepunyaan bersama tetapi di akhirat, seorang sahaja yg memiliki berpuluh-puluh buah bandar.

Semua peralatan dalam rumah pula yg kita gila-gilakan di dunia ialah katil empuk, kerusi empuk, tv mewah, peti ais dua pintu, langsir mahal, karpet tebal, pinggan mangkuk moden dan bermacam-macam lagi.

Manakala di akhirat, rumah dilengkapi dengan katil, permata, hiasan sutera halus buatan akhirat, tilam gebu yg menenggelamkan badan dan lain-lainnya. Sungguh indah dan mempersonakan. Sembilan puluh sembilan kali lebih canggih dari buatan dunia yg mudah rosak itu. Peralatan mewah di akhirat tidak akan rosak dan musnah. Bahkan makin dipandang semakin cantik, semakin terasa nikmat. Sekali pandang lain cantiknya, dua kali pandang, lain pula cantiknya. Pandang kali ketiga, lain pula cantiknya. Demikianlah kalau 1001 kali pandang. Maka 1001 kalilah pula cantiknya. Tidak akan jemu bila menggunakannya dan juga tidak akan rosak untuk selama-lamanya. Sedangkan perhiasan dunia itu baru setahun sudah jemu, masuk dua tahun sudah mulai rosak.

Newer Posts Older Posts