Admin Control Panel

New Post | Settings | Change Layout | Edit HTML | Sign Out

Salam I'dul Fitri 1431H


بسم الله الرحمن الرحيم

Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Dengan itu Syawal pula menjelma. Mari kita berdoa agar dipertemukan kembali bulan Ramadhan, penghulu segala bulan pada tahun hadapan. Alangkah ruginya andai Ramadhan berlalu begitu sahaja tanpa ada apa2 perubahan pada batin kita. Semoga Allah menerima segala amalan yang telah dilakukan.


Hiasilah Syawal ini dengan senyuman. Bermaaf-maafanlah kita sesama saudara. Bukan hanya Syawal, begitu juga bulan-bulan seterusnya. Semoga Syawal ini sucinya kita seperti fitrah kejadian. 1 Syawal, buku baru kita buka. Tidak ada dosa dan tidak ada noda. Ingatlah, dunia ini hanya pinjaman, tempat kita mengumpul bekalan, demi menuju syurga idaman.

Andai ada tersalah kata, ampun dan maaf saya pinta.
Semoga kita dirahmati oleh Allah. امين.....

Ramadhan kini kembali!

Assalamu'alaikum.
bersyukurlah kita kerana dikurniakan umur & ksempatan utk terus berjuang di muka bumi ini mendapatkan keredhaan Allah..

Dalam kesempatan ini, bersyukurlah kita kerana dapat lagi kita bertemu dengan Ramadhan karim yang penuh barakah ini.


Allah telah memberi kita ganjaran istimewa dlm bulan Ramadhan ini, masakan kita tak inginkannya. Beribadah dlm bulan yg mulia ini pahala meningkat berganda2! kenapa tidak rebutnya? fikirkanlah....
Inilah peluang utk kita kembali kpd fitrah dan beribadah bersungguh2 serta minta keampunan drpd Allah agar terhapusnya dosa2 yg lalu...sesungguhnya Allah Maha Pengampun..

Ingin saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semoga kita tdk tergolong dlm golongan org2 yang rugi, yg melepaskan ganjaran istimewa ini begitu sahaja serta membiarkan Ramadhan berlalu pergi tanpa sebarang apa2 perubahan.(maka rugilah ia).
Beramallah seperti mana inilah Ramadhan yg terakhir buat kita...


Tunggu apa lagi??
Jom pulun! Jom beribadah!


semoga kita dirahmati Allah.......

sekian..

10 laluan yg dilalui oleh manusia sehingga akhirat



Hisablah diri kita sama ada kita dapat melepasi 10 imigresen untuk
bertemu Allah...

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh
Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat:

Bagaimana memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya.


sumber: mesej drpd rakan

20 Perkara Jangan

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati di antara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH...





1) Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. 


2) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau2 terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

3) Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan


4) Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan


5) Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat

6) Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan

7) Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan

8) Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan

9) Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa

10) Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya

11) Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa

12) Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah

13) Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia

14) Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula

15) Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita

16) Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17) Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita

18) Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH

19) Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

20) Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.


sumber: mesej drpd rakan.

Ular tidak berdosa..

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu
mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka
membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit
leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu
mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak
membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang
memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".


(gambar hiasan)

sumber: daripada e-mail yg di'copy' semula...

Hanya sia-sia..

Assalamu'alaikum..

(gambar ini tiada kena mengena mereka yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia)

Ha! Jgn jadi macam orang di atas ni..
Ingat, Allah tidak melihat pada zahirnya, berapa lama dia berzikir, rajinkah dia solat, tetapi Allah melihat melalui niatnya mengerjakan amalan @ ibadah tersebut...Sia-sia saja amalan kita kalau niat dah ke lain..
Kesimpulannya, sama-samalah kita perbaharui niat ke jalan yang benar dan berdoa agar segala amal ibadah kita diterima Allah Yang Maha Esa..
Kalau tidak tergolonglah kita dalam golongan orang-orang yg rugi.


Jazakallah...

Majlis Makan Malam Untaian Mesra


Alhamdulillah,tanggal 2hb Ogos 2009,tepat jam 12.45 a.m,kami sekeluarga slmt sampai di rumah..
sy bgitu gmbira skali kerana dpt hadir dlm Majlis Makan Malam Untaian Mesra..
Majlis ini dianjurkan oleh Lajnah Penerangan DPP Negeri Selangor dgn kerjasama Zuhal Management Services.Bertempat di Dewan Cattleya,Wisma PKPS,Shah Alam..
Majlis ini dihadiri oleh tetamu jemputan istimewa iaitu Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Suhaimi Abdul Rahman (Amy Search)..
sempat juga sy bersalaman dgn mrk..
sukar utk mggambarkan istimewanya majlis ini.Bagaimanapun kami telah mndpt lynan mesra oleh pelayan2 di majlis ini dan kami juga mndpt ilmu2 baru yg diucapkan oleh mrk2 yg brpengetahuan..Di samping itu,trdpt juga hiburan brunsur syarak yg telah dipersembahkan oleh kumpulan Nusantara dan Muadz.Selain itu,persembahan multimedia yang dicorakkan oleh DPP Pandan turut menceriakan lg majlis ini.Kami cukup terhibur.
Semoga majlis ini dirahmati dan diberkati Allah.Insyaallah.

Makanan


Di dunia ini makanan yg pling lzt, pling mhl skalipun, klau dimkn, akhirnya akan jemu juga. Rasanya juga x sedap lg. Sebab rasa lazatnya itu sama shj antr suap yg prtama dgn suap yg terakhir.

Kemudian, lg byk mkn, lg cptlah prgi ke tnds. Kalau bleh, tntu kita x ingin ke tnds. Tetapi hasil akhir dr mkn mknn di dunia ini kita msti akn ke tnds. Itulah hasil yg mula2 kita masukkan ke mulut kita. Bila lapar shj, kita mkn lg. Itulah dia nikmat dunia yg kita rindu-rindukan itu. Yang lahir dr situ jugalah pnykit yg brbagai2. Antaranya ialah kncing mnis, brh, drh tinggi, skit jntung & brbagai lg.

Tetapi di akhirat, kita x akn merasa lpr. Sntiasa brd dlm keadaan kenyang. Mknn yg kita makan x prnh mnjemukan. Sebab rasanya berlainan. Suap mula2, sedapnya lain. Suap lg, lain pula sedapnya. Demikian seterusnya. Maknanya sebiji buah di akhirat mmpunyai spuluh jenis rse atau lbih dr itu. Jadi mne bleh timbul rsa jemu.

Begitu juga dgn jenis2 mknn yg lain. Makannlah sbnyak manapun tidak akn memudaratkan. Tidak prlu brsush pyh utk ke tnds. Tidk ada najis yg baunya bsuk. Semuanya sdp, baik, lzt dn indah blaka.

Justeru, klau mngapa kita x ingin nikmat akhirat yg 99 kali lbih hebat dr nikmat dunia. Sdgkan nikmat dunia yg x ade hrga itupun kita ingin rebutkan, kita buru dn gilakan. Hingga kita sggup brkorban brhabis-habisan utk memiliki dunia yg mnipu itu. Mustahil kita x rindukan syurga itu klau kita bnr2 meyakininya.

Kecantikan


Wajah yg cntik sgt diingini oleh smua manusia. Berbagai usaha dilakukan oleh mereka utk mndptkan wajah yg cntik. Sebab itu di dunia sengaja Allah tidak ramaikan org2 yg brwajah cntik. Hanya ada satu dua org sje yg bnr2 cntik, hinggakan terpesona org mlihatnya.

Di akhirat, setiap org brtaqwa dipercantikkan oleh Allah, 99 kali lebih cntik dr waktu hidup di dunia ini. Mereka juga dipermudahkan hingga sentiasa muda dan sentiasa gadis. Tidak akan tua2 utk selama-lamanya.

Pakaian & Perhiasan


Pakaian dan perhiasan dunia yg kita impikan cumalah kain biasa yg murah, bila dipakai trasa rims dan pns. Lama-lama jemu. Makin lama semakin lusuh dn reput dan akhirnya jd brg trbuang. Tetapi pakaian dn perhiasan yg Allah sediakan utk org2 brtaqwa di akhirat cukup indah, selesa digunakan, byk, tdk mnjemukan & x akn rosak.

Gelang, subang, rantai, anting2 dan cincin yg brgemerlapan mghiasi sluruh tubuh. Bukan hanya satu dua shj ttpi sebyk mne yg kita mahu akn diperolehi. Bila2 msa shj bleh d'tukar gnti dn x pula mnjemukan. Tidak dicari2, niat shj sudah mnjelma d'dpn mata.

Newer Posts Older Posts