Admin Control Panel

New Post | Settings | Change Layout | Edit HTML | Sign Out

June 2010

10 laluan yg dilalui oleh manusia sehingga akhirat



Hisablah diri kita sama ada kita dapat melepasi 10 imigresen untuk
bertemu Allah...

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh
Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat:

Bagaimana memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya.


sumber: mesej drpd rakan

20 Perkara Jangan

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati di antara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH...





1) Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. 


2) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau2 terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

3) Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan


4) Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan


5) Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat

6) Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan

7) Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan

8) Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan

9) Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa

10) Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya

11) Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa

12) Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah

13) Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia

14) Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula

15) Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita

16) Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17) Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita

18) Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH

19) Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

20) Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.


sumber: mesej drpd rakan.

Ular tidak berdosa..

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu
mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka
membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit
leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu
mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak
membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang
memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".


(gambar hiasan)

sumber: daripada e-mail yg di'copy' semula...

Hanya sia-sia..

Assalamu'alaikum..

(gambar ini tiada kena mengena mereka yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia)

Ha! Jgn jadi macam orang di atas ni..
Ingat, Allah tidak melihat pada zahirnya, berapa lama dia berzikir, rajinkah dia solat, tetapi Allah melihat melalui niatnya mengerjakan amalan @ ibadah tersebut...Sia-sia saja amalan kita kalau niat dah ke lain..
Kesimpulannya, sama-samalah kita perbaharui niat ke jalan yang benar dan berdoa agar segala amal ibadah kita diterima Allah Yang Maha Esa..
Kalau tidak tergolonglah kita dalam golongan orang-orang yg rugi.


Jazakallah...

Newer Posts Older Posts