Admin Control Panel

New Post | Settings | Change Layout | Edit HTML | Sign Out

T-shirt Murah Shopping online

Assalamualaikum,

Maaf off-topic sikit :)
Hari ni saya nak berceloteh sikit mengenai T-shirt murah online ni. Memandangkan saya memang jenis kaki membeli T-Shirt, mestilah semua orang nak cari T-shirt murah dan berkualiti kan? Kalau nak cari T-shirt di Pertama Kompleks atau Campbell Complex banyak je yang murah-murah tapi kualiti biasa jela.

Seperti yang kita tahu zaman sekarang segala-galanya di hujung jari termasuklah nak shopping pun, semuanya menjadi mudah. Maka tercetuslah trend Shopping online ni. Tak payah susah-susah nak kena pakai lawa-lawa untuk keluar dengan menempuh jem lagi untuk ke kedai semata-mata beli satu dua barang. Duduk depan laptop, taip je di Google.com apa yang nak dibeli maka keluarlah berpuluh-puluh malah beratus website shopping online yang menjual barang tersebut. Mudah kan? Tapi boleh percaya ke semua ni? Oleh itu kita kena kajilah sendiri website mana yang boleh dipercayai atau tidak, baca pendapat orang lain yang pernah membeli di situ. InsyaAllah segalanya lancar.

Hari ni saya nak rekemen sikit website yang menjual T-shirt secara online ni iaitu nexa.com.my atau nama komersial nya Nexa Original. Designnya yang menarik dan harganya yang murah serta kualiti yang baik amatlah berbaloi kalau nak beli. Kalau nak beli T-shirt dari website US mahal la pulak, oleh kerana T-shirt Nexa ni bertapak di Malaysia maka senanglah sikit nak beli, murah pun murah sampai pun cepat. Sesuailah dengan kita yang nak sehelai dua je baju tak payah susah-susah menempuh jem nak cari baju T-shirt.

Itu sahajalah celoteh saya di petang minggu ni. Semoga urusan anda semua lancar belaka. sekian.


Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan segala kenikmatan dalam hidup kita..
Alhamdulillah..

Manusia Yang Buta Pada Hari Qiamat

Firman Allah yang bermaksud:


"Sesiapa yang berpaling dari peringatan yakni perintah-Ku dan hukum syariat-Ku maka baginya kehidupan yang pincang, di hari kiamat nanti ia akan dibangkit dalam keadaan buta, lalu ia berkata: "Wahai Tuhanku! mengapa engkau bangkitkan aku dalam keadaan buta sedangkan aku di dunia dahulu dapat melihat? lalu Allah berfirman, sesungguhnya telah datang kepadamu ayat-ayat-Ku, kamu telah melupakannya maka pada hari ini kamu dilupakan."
(Surah Toha:124-126)


Bersempena dengan ayat ini Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Adakah kamu mengetahui kehidupan yang pincang itu? Mereka menjawab: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Maka sabda Rasulullah S.A.W, "Kehidupan yang pincang itu maknanya orang kafir diseksa di dalam kuburnya."


Hadith ini merupakan penafsiran yang jelas oleh Rasulullah S.A.W walaupun ditujukan kepada orang-orang kafir tetapi menjadi amaran yang keras kepada orang-orang yang telah beriman, yang mengaku dan percaya kepada Allah S.W.T, percaya kepada Rasulullah S.A.W dan sabdanya serta kepada setiap orang yang percaya bahkan kepada seluruh manusia umunya.


Tidak ada alasan dan hajat bagi mereka untuk berpaling dari ayat-ayat Allah yang terkandung di dalamnya perintah-perintah dan hukum syariatNya kerana semua yang datang dari Allah itu adalah baik balaka dan semua memberi faedah dan manfaat kepada manusia, tidak ada satupun yang tidak memberi faedah atau memberi mudharat kepada manusia.


Betapa Allah Taala menjadikan mereka, mengurniakan rezeki, pakaian, makanan, tempat tinggal dan segala kemudahan kepada mereka. Dinyatakan batasan-batasan halal dan haram itu menjadi sempada yang menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat. Semua yang diharamkan Allah mesti mendatangkan mudharat dan semua yang diperintah oleh Allah memberi manfaat kerana Allah Maha Mengetahui, Maha Pemurah lagi Maha Adil.


Mengapa manusia yang telah percaya kepada Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W boleh berpaling dari perintah Allah S.W.T atau hukum syariatNya juga boleh berpaling dari amaran Rasulullah S.A.W?


Tidak patut orang yang beriman berpaling daripadanya bahkan wajib kepada orang-orang yang beriman itu menunaikan perintah Allah S.W.T, hukum syariatNya yang terkandung dalam kitab Allah S.W.T dan ajaran yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W maka bertambah lagi keyakinan kita apabila Allah S.W.T menunjukkan kepada kita kepincangan yang berlaku kepada orang-orang kafir di dunia ini.


Walaupun dalam kalangan mereka kaya raya, dalam kalangan mereka mempunyai rezeki bersifat sementara yang diberi oleh Allah secara limpah ruah yang digunakan untuk memenuhi hawa nafsu dan keinginan mereka. Semua yang dilihat nikmat itu, membawa malapetaka dan azab kepada diri mereka. Sedikit pun tidak menyenangkan mereka bahkan mereka sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah. Keluh kesah dalam menghadapi segala urusan dunia walaupun mereka diberi kemuliaan oleh Allah S.W.T walaupun mereka mempunyai kesempatan lebih banyak daripada orang-orang yang beriman, semua mereka berada dalam keadaan kepincangan.


Kita melihat keruntuhan yang berlaku di negara komunis, negara barat kapitalis dan negara-negara umat Islam yang menjadi pak turut kepada komunis dan kita melihat semuanya berada di dalam kepincangan kehidupan di dunia ini sebelum mereka berdepan dengan Allah S.W.T. Mengikut Islam riwayatnya tidak tamat. Ada lagi riwayatnya di dalam kubur (alam barzakh) dan sesatlah ia ketika dibangkitkan di padang mahsyar selepas itu pula ada lagi riwayatnya yang sama ada ke dalam syurga ataupun neraka. Allah S.W.T telah meriwayatkan perkara ini, riwayat yang sebenar di dalam Al-Quran. Janji yang mesti berlaku kepincangan di dunia dan di akhirat kepada orang-orang yang menyeleweng dari perintah Allah S.W.T dan hukum syariat Allah S.W.T.


Kepincangan yang akan diterima di dalam kubur iaitu azab seksa dan azab pada hari kiamat di padang mahsyar sebelum dimasukkan ke dalam neraka sudah dibangkitkan dalam keadaan buta, dalam keadaan meraba-raba dan dalam keadaan tidak dapat melihat kerana mereka tidak menggunakan mata yang Allah berikan di dunia ini untuk membaca ayat-ayat Allah yang ditulis di atas kertas-kertas yang putih dengan tulisan yang boleh dibaca oleh mereka dan mereka pula boleh mencari maknanya sama ada dengan belajar secara bertanya, secara mendengar atau sebagainya.


Sudah cukup bagi mereka untuk mengingati hukum hakam, hukum syariat, perintah dan suruhan serta larangan dari Allah S.W.T. Mengapa mereka berpaling? Maka layaklah mereka yang berpaling itu dihukum oleh Allah S.W.T. Marilah kita menghisap diri kita sebelum kita meninggalkan dunia ini. Marilah kita menghisab amalan kita, tingkah laku kita adakah tepat dengan syariat Alllah S.W.T ataupun menyeleweng daripadanya.


Nanti apabila mata kita dibutakan pada hari kiamat kita berada dalam penyesalan, penyesalan yang tidak berguna lagi, tidak memberi manfaat, tekanan yang akan menambahkan seksa bukannya dapat melepaskan diri daripada azab Allah S.W.T. Firman Allah yang bermaksud:


"Sesungguhnya Al-Quran menunjukkan ke jalan yang betul."
(Surah Al-Isra':9)


Sumber: Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Jom belajar mengaji!

Assalamu'alaikum kepada pembaca yg dikasihi semua..


minta maaf kepada semua kerana sudah lama saya tak mengupdate blog ni, nampaknya sawang-sawang yang melekat perlu dibersihkan kembali..

Berbalik kepada tajuk, di kesempatan ini saya ingin mengiklankan produk yang agak menarik iaitu pen digital pembaca Al-Quran. Saya yakin mungkin ada diantara anda yg sudah tahu mengenai produk ini, itu adalah satu kelebihan buat anda. Sekiranya anda keliru bagaimana untuk membaca sesuatu ayat, pen ini berfungsi utk memastikan bacaan anda (pembelajaran visual).
Produk ini sesuai utk semua peringkat umur sama ada muda mahupun tua dan juga senang digunakan atau bak kata lain 'mesra pengguna'. Ianya tidak perlu kemahiran yg tinggi utk mengendalikannya. Hanya terdapat beberapa butang sahaja. 
Fungsinya mudah sahaja, 

1. Anda hanya perlu halakan mata pen tersebut pada mana-mana ayat yg anda mahu;
2. secara automatik, pen itu akan mengalunkan ayat itu.

Terdapat 3 Qari yang berbeza utk pembacaan ayat-ayat, anda boleh pilih antaranya. Pen ini juga mampu menterjemahkan ayat dalam 2 bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Produk ini berharga RM300 1pcs dan utk 2pcs hanya RM499.
Harganya didapati bawah dari harga pasaran.
Dalam satu kotak akan dibekalkan:
- Al-Quran,
- Pen pembaca,
- Iqra' dan muqaddam,
- Fon telinga (earphone)
- Kad doa-doa harian dan kad doa haji/umrah


Jaminan 1 tahun.

Berminat? maklumat lebih lanjut?
hubungi / sms HOTLINE: 019 308 7535 (Halim)

penghantaran PERCUMA seluruh Malaysia!


terima kasih.
Semoga Allah merahmati kita semua.

Ramadhan terus berlalu..

Assalamua'laikum..
pejam celik pejam celik dah masuk 10 terakhir Ramadhan..
andai masa boleh patah balik...emm..
kita sudah pun melalui 2/3 Ramadhan sekarang..
tibalah masanya untuk kita berjuang habis-habisan untuk tidak mensia-siakan peluang di saat akhir ini..
mungkin ramai lagi di antara kita yang sudah melupakan ramadhan dalam diri mereka walaupun pada zahirnya mereka berpuasa..
Tapi, ingatlah! Sungguh janji Allah itu akan terlaksana..keampunan dan kebebasan dari api neraka untuk mereka yang benar2 mahu keredhaanNya..
Oleh itu, tak nakkah kita tergolong dalam golongan itu??
Jom, kita sama2 menghabiskan Ramadhan ini dengan hadiah keampunan kurniaan Allah..masih ada masa lagi untuk mengambil peluang ini..
Hidupkan malam-malam kita dgn titisan air mata keinsafan..
Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
Moga2 sepanjang Ramadhan yang kita lalui ini sentiasa mendapat kerahmatan dari Allah..

hidupkan malam dengan berqiamullail

Salam Ramadhan 1432H

Salam..

InsyaAllah, lusa bersamaan 1 ogos kita akan mula berpuasa..
Ramadhan yang kita nantikan bakal menjelma..
di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk anda semua..
Penghulu segala nabi adalah Muhammad s.a.w..
Penghulu segala hari adalah Jumaat..
Penghulu segala bulan adalah Ramadhan yang mulia..
Terdapat banyak kelebihan Ramadhan antaranya:
kelebihan Ramadhan sama seperti kebaikan seribu bulan atau bersamaan 83 tahun lebih. Pada bulan Ramadhan jugalah Al-Quran diturunkan.. Amalan yang dilakukan pada bulan ini akan digandakan oleh Allah..Dosanya yang lalu diampunkan Allah;

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan

dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)

Jangan kita jadikan Ramadhan yang datang sebagai adat..Amalan yang dilakukan bukanlah hanya sebagai rutin tahunan kita di bulan puasa sahaja..Tetapi betul-betullah kita beribadah demi mengharapkan redha Allah..Hidupkan malam dgn bermunajat..InsyaAllah, segala amalan yang dilakukan akan dihitung oleh Allah..Selamat beribadah! Jom pulun!! Wallahu'alam..
Ramadhan, madrasah tarbiyyah..

Mati

Ajal,
bila kau menjemput pun, tiada siapa yang tahu..
barangkali esok dan mungkin juga selepas ini..
Selalu kita dengar mengapa ajal ini dirahsiakan..kita juga tahu apa sebabnya.
Di sini saya mahu menekankan bahawa maut itu tidak mengenal usia..dan ianya akan datang tidak lambat sesaat dan tidak cepat sesaat..
Ada manusia yang hidup di dunia ini tidak sampai beberapa minit pun. Semuanya sudah tertulis dalam suratan takdir.

Kita, bila pula? masa kita akan sampai bila-bila masa, dalam apa jua keadaan sekalipun. Bahkan sedang tidur pun nyawa boleh dicabut. Binalah tembok setinggi bangunan yang kalis segala macam, bila dah sampai, tak kemana juga..
Ambillah pengajaran dari apa yang kita sedia maklum. Beribadahlah sepertimana kita akan berhadapan dengan maut pada esok hari..Nescaya ibadah kita pasti sentiasa akan berkualiti..
Teruslah menggapai redha Allah, sesungguhnya Allah mengetahui perihal setiap hambaNya..


Jangan sia-siakan peluang yang ada!

Salam..

Lagi seminggu ramadhan akan menjelma.. 
Kerinduan kita pada Ramadhan hampir reda..Setahun hanya sekali kau ada.
Cukup rugi kalau kita tak manfaatkan peluang besar ini..Puasalah dgn bukan hanya sekadar di perut tapi seluruh anggota..Hidupkan malam dengan mendekatkan diri dengan Pencipta..Banyakkan membaca Al-Quran..Pulunlah segala ganjaran yang Allah hamparkan kepada hambaNya.. Ramadhan bulan kebebasan, bulan kerahmatan dan bulan keikhlasan..Peluang keemasan sudah ada di depan mata, takkan nak tunggu saja? Jom pulun..Pulun bukan di bulan Ramadhan sahaja, tetapi di sepanjang hidup kita!
Selamat menyambut Ramadhan Karim..
Semoga Allah menerima segala amalan dan sekali gus merahmati hidup kita di dunia ini.. 

Cinta teragung..

 

Jom nyanyi sambil menghayati liriknya..


Curah air ke tebing tinggi
Tumbuh pohon indah berseri
Dahannya teguh berdaun hijau
Akar kukuh di tanah subur
Tersusun rapi tiada bertingkah
Rumpun alam seiring bersama
Itu petandan ada pencipta
Singkap tauhid pada manusia
Belayar bahtera di lautan luas
Seorang nakhoda perintah dijulang
Dua nakhoda pasti
jadi pertelingkahan
Petanda tiada dua pemerintah
Tiada dua Tuhan disembah
La ilaha illa Allah
Ya Allah

Kau yang berhak disembah

Pemerintah alam
Tempat mengadu segalanya
Tidak dilahir tidak melahirkan
Tiada setara kuasa denganMu
Ya'Azim

Padamu insan menyerah

Mohon rahmat kasihMu

Ya Rahman

Kaulah yang Maha Kuasa
Pencipta dunia yang tesergam indah
Bukti adaMu wujudlah semesta
Geraknya tersusun tiada tercela
PadaMu cinta teragung
Kaulah zat yang Esa
Tiada seperti makhluk ciptaan
Pada gambaran pasti bukan Dia

Kenapa mesti aku?

Kenapa mesti aku? Apa salah aku?
Ini adalah antara ungkapan yang terkeluar dari mulut sesetengah manusia apabila ditimpa musibah..
adakah kita tidak tahu bahawa setiap ujian itu datang daripada Allah? Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu..ada salah atau tidak kita patut fikir sendiri..sentiasalah muhasabah diri..Allah Maha Mengetahui segala hikmah yang tersirat di sebalik yang berlaku..kenapa perlu persoal? Mohonlah dan mengadulah kepada Allah, Allah lah yang menciptakan kegembiraan dan kesedihan..
Kita pun tahu bahawa tak semua orang Allah pilih untuk diuji..kita pun tahu bahawa mereka yang terpilih itu adalah mereka yang Allah sayang..sama ada Allah mahu mengampunkan dosa orang itu atau memberi perkara yang lebih baik pada masa akan datang..pada Allah jualah kita memohon pertolongan..
Dalam hadith qudsi Allah berfirman, “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” 
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Older Posts